Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.. Tema yang sememangnya bertepatan dengan tugas seorang guru.. Malaysia yang sememangnya mementingkan pendidikan dan bagi kerajaan, pendidikan merupakan satu pelaburan yang menguntungkan kerana bagi melahirkan modal insan kelas pertama.. Dari cikgu sekarang sudah bertukar panggilan nampaknya.. lecturer.. kadangkala, panggil miss or puan je kak lecturer perempuan.. kat lecturer lelaki panggil je encik, tuan, atau haji.. tapi tugasnya sama je.. mendidik anak bangsa. Buat ustaz dan ustazah juga tidak dilupakan.. Mereka banyak mengajar ilmu agama agar diri ini menjadi insan yang berguna.. Dikesempatan ini, diri ini ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang pernah mengajar diri ini.. Jasamu tidak terhitung nilainya.. Buat para guru yang pernah mengajar diri ini dan juga guru di luar sana, teruskan usaha anda untuk mendidik anak bangsa agar anak muridmu pada hari ini bakal menjadi pemimpin dan insan yang berjaya pada masa hadapan.. WASSALAM

No comments: