Wednesday, May 19, 2010

Keagungan Maha Pencipta

Dalam meniti sebuah kehidupan, seringkali diri ini mendengar dan melihat bukti-bukti keagungan Maha Pencipta melalui gambar-gambar dan media massa. Sebagai contohnya, awan yang membentuk kalimah Allah, kalimah Allah yang terbentuk pada kuih, pada buah dan pada badan binatang tertentu. Sungguh menakjubkan. Pengalaman yang benar-benar memberi tamparan hidup kepadaku ialah apabila aku melihat kalimah ALLAH dengan matake sendiri yang terbentuk di ruang udara. Aku menjadi kaku dan terasa kerdilnya diriku. Aku menyedari bahawa aku hanyalah hamba yang perlu mentaati perintahNya. Tanpa berlengah, aku memanggil kakak dan abang iparku untuk melihat sekali apa yang aku lihat. Tiga mata melihat ke arah yang sama, iaitu kalimah ALLAH yang terbentuk di langit. Kami amat bersyukur kerana dipilih untuk melihat keagungan Maha Pencipta. SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..

No comments: