Tuesday, December 14, 2010

For the rest of my life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO

And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you

I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO

And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus

I know that deep in my heart..

Monday, December 13, 2010

Nikmat..

Dear readers...
Beberapa hari yang lalu..
Aq adalah suruh my students...
Aq ada lah mengajar sikit2..
ngajar secara percuma kpd budak kampung
melalui program Gabungan Mahasiswa Mulong..
Aku suruhlah budak-budak tu listkan
nikmat-nikmat Allah yang diberi..
Banyoklah diorang tulis..
penuh muka surat..
Diorang tulis pasal
Mata untuk melihat
Telinga untuk mendengar
Lidah untuk merasa
Rumah untuk berlindung daripada panas dan hujan..
Dan banyak lagi..
Ada jugak yang agak agresif tulisannya..
Ni mestilah budak lelaki..hihi..
Dia tulis..
Tangan untuk menumbuk
Kaki ntuk menyepak..
Tangan dan kaki untuk "gocoh"
"gocoh" tu bahasa kelate.. maknanya bergaduh
apa-apapun banyak yang diorang tulis..
Mas tu aku pun sedarlah
jika dihitung nikmat kurniaan ALLAH..
tak  terhitung banyaknya.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadi
manusia yang bersyukur..

Tuesday, December 7, 2010

Salam Awal Muharam dan Salam Maal Hijrah


Alhamdulillah... Sekali lagi kita dapat menyambut awal muharram, iaitu tahun baru bagi seorang muslim..
Sempena dengan tahun baru ini, kita sedia maklum buku catatan amalan tahun lalu telah ditutup dan buku catatan baru telah dibuka dan sudah ditulis sejak maghrib semalam lagi...

Marilah kita sama-sama mencoretkan buku catatan amalan kita dengan perkara-perkara yang positif agar
kita satu hari nanti ditempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh di akhirat kelak..

Muharam ini sebenarnya ada kisah yang tersendiri. Muharam merupakan bulan penting kepada seseorang muslim agar kita sentiasa meningkatkan amaln kita agar kita menjadi ummah yang terbilang

Antara peristiwa-peristiwa penting sepanjang bulan Muharam ini ialah..


Wassalam..

Friday, October 15, 2010

Qualities of A leader -Muet Preparation-

There are a number of different qualities that a leader must possess, but broadly, they can be classified into these 10 categories. Possessing these traits will make an individual a good leader, and these leadership qualities should be present in a leader naturally. 

Motivational Skills
This is possibly the most important characteristic out of all the qualities of a leader. The primary goal of a leader is to motivate his followers to achieve their results, and fulfill their goals. This can only be done through proper means of motivation. Everything else that follows is simply a way of motivating individuals or teams. Read more on leadership development.

Teamwork
Leader always leads teams, or groups of individuals. So, he has to have the ability to inculcate good team spirit within the members of a team. He has to ensure that there are no problems between the various team members, and that everyone is working for the betterment of the team, and in tandem with each other. No one person can be bigger than the team and it is the leader's duty to make sure that everything is working smoothly. The qualities of a team leader should enable him to keep every member of the team happy. 

Communication Skills
The nature of the job of a leader requires him to interact and speak with many people. As a result, he should possess effective communication skills and should have the ability to get the message across. Being ambiguous is not advisable, and he should be able to clearly state what he needs to say. The best qualities of a leader are those which enable him to be stern and friendly at the same time. Read more on effective leadership qualities and skills. 

Delegational Skills
The primary task of a leader is to assign tasks to people. It will therefore be a big help if he knows his team members well. Good knowledge of his team's strengths and weaknesses will assist him in deciding who must do what. The manner in which this delegation of responsibility is carried out, will go a long way in determining the success of the team. If a person is doing a job that he is not suited to do, the leader must shift him somewhere where he will be better suited. 

Take Responsibility
A leader must know that he is responsible for the team's achievements. If the team fails in a certain endeavor, he must have the courage of taking responsibility for that, and should then take steps to remedy it. He must not blame his team members unnecessarily if they have failed. This is the only way that the members of a team can come to trust a leader. 

Honesty
There are some more qualities of a leader that are more personal in nature and take the leaders characteristics into consideration. It goes without saying that a team leader must be honest and truthful. It will be impossible to achieve the best results under a dishonest or unscrupulous leader. Read more about leadership traits.

Approachable 
The qualities of a good leader that make him/her likable to team members all revolve around how approachable the leader is. If any team member is experiencing some problems, or has any complaints, that person should feel free to approach the leader and talk about it. This can be achieved only if the leader encourages this quality, and only if people who have approached the leader before have received an amicable solution. 

Consistency
This is one of the qualities of a leader that is often overlooked by many. A leader who constantly changes his or her tune will confuse the team members and this will lower their productivity. A leader must therefore be consistent in his actions, his words, and in his thoughts as well. Leaders who are biased never make good leaders, so he should be completely neutral and should display consistency that amazes everyone. See more on leadership skills. 

Professionalism
No one likes a slack leader. It goes without saying that the best performer, or the person who is most passionate and committed should be made the leader. This ensures that a level of professionalism is maintained, and that no one starts taking it easy at any point in time. It's easy to get carried away with a position of power, so the best leaders are those who use their power for the betterment of everyone, not abuse their power for their own personal betterment. 

Personalization
Lastly, a leader must also know how to have fun. He should get to know his team members and should not appear as an overly strict and rigid personality. The team members should see that the leader is after all just human, and there is a fun side to him as well. The best leaders are those who combine these qualities of professionalism and personalization and still manage to keep their team members motivated and happy. 

Sunday, September 26, 2010

DuGaan KehiduPan...

Dalam menempuhi onak duri dan ranjau kehidupan..
kita sering sahaja berhadapan dengan masalah..
tiada siapapun yang tidak ditimpa masalah..
malah kita juga sering berhadapan dengan jalan buntu..
seolah-olah dunia ini hampir kiamat..
Kita dihimpit ke hujung dinding hingga tiada ruang
untuk kita bernafas..
Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang merangkak
dan menapak walau selangkah..
Tapi ingatlah hidup kita belum berakhir..
Kerana penamat kita hanya satu..
iaitu ketika malaikat maut datang menghampiri..
memisahkan nyawa dari jasad..
namun itupun bukan penamat terakhir..
kerana ada kehidupan yang kekal abadi di sana..
Sahabatku..
seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat
boleh membawa kepada jalan baru yang lebih luas..

Wednesday, September 1, 2010

Kusangkakan panas hingga ke petang kiranya hujan di tengah hari.. waduh waduh


Post kali ini mungkin bernada melankolik dan keinsafan sedikit.. 
Satu perkara yang ingin aku kongsi bersama para sahabat sekalian..
Baru-baru ini, aku telah mendapat sesuatu yang aku sangat sukai 
dan benda tersebut merupakan apa yang aku hajati..
Namun.. di sebalik kemanisan dan kegembiraan yang dirasai.. 
tersirat seribu perit dan pedih yang melanda..
kusingkirkan lara ini..
namun ia tetap hadir mengganggu jiwa ini..
Setelah aku berusaha menghadapi situasi ini..
Usahkan kejayaan tetapi kegagalan yang datang bertubi..
Ku lari jauh tak sanggup bergelut dengannya..
Namun hampa belaka..
Akhirnya, aku menerima situasi ini dengan hati terbuka..
Ku bersyukur
Ku reda dengan ketentuanNYA..
Kerana aku mengerti di sebalik air yang jernih pasti ada buaya yang menunggu mangsa
disebalik kehebatan sesuatu pasti ada cacat celanya jua..
disebalik senyuman yang terukir pasti ada duka yang kadang kala menghimpit jiwa..

Oleh itu, janganlah sesekali menganggap sesuatu yang baik untuk kita akan sentiasa baik..
kerana yang baik itu mungkin akan memberi musibah pada kita kelak
Dan jangan pula menganggap yang perkara yang tidak baik akan kekal tidak baik
kerana mungkin suatu hari nanti yang tidak baik itu mampu memberi seribu tawa buat kita 
Ingatlah sesuatu yang berlaku diatur oleh ALLAH Yang Maha Berkuasa
Hadapilah dengan iman..
Kerana imanlah menentukan kejayaan dalam sesuatu tindakan..Wassalam..

1 September 2010
11 Malam

Tuesday, August 24, 2010

AURORA- love to learn u!!

When I learn LIGHT for the Physics subect, I am so interested to "aurora" which is the effects of the interference of light.

Here are nice picture to see..

Thursday, July 1, 2010

Sem 2 bakal bermula..

5 julai.. tarikh keramat bagiku kerana saat itu, bermulalah sem 2 Asasi Sains bagi budak-budak tajaan MARA.. oohh.. apa yang bakal berlaku di SEM 2.. hanya ALLAH yang tahu.. SEM 2 ni, aku harap perjalanan hidupku akan lebih lancar dan baik, iman dan amalku sentiasa bertambah.. Buat Zuhaira Hayati yang bakal meninggalkan budak2 asasi Sains, harap kamu berjaya di tempat baru dan berjaya dalam mengejar cita-cita.. ALL THE BEST untuk mahasiswa/i UITM yang mendaftar bagi kursus diploma pada 26 Jun baru-baru ini dan mahasiswa/i yang bakal memulakan pengajian pada 5 Julai ni.. Ganbatte!!!

Thursday, June 10, 2010

SelamaT Pengantin Baru

Letihnya.. dan seronok.. itulah yang mampu aku coretkan.. Lucu dan sangat memeranjatkan.. itu juga sebahagian daripada memori yang tercipta untukku di kala ini.. Perjalanan sebuah kehidupan memang sangat mencabar dan menarik.. Ketika musim cuti sekolah datang bertandang, jemputan ke majlis kenduri boleh dikatakan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.. haha.. 7 Jun merupakan tarikh majlis persandingan saudara aku dengan seorang gadis dari bukit Cina.. Apabila sampai di rumah pengantin, alkisahnya berjumpalah aku dengan cikgu Maznah, cikgu MRSM pc.. Kata cikgu Maznah " macam kenal je".. Aku pun memperkenalkan diri.. tapi aku masih lagi tak ingat nama cikgu Maznah.. aku menekanya cikgu Mek Siti, tapi nyata salah sekali.. Cikgu Maznah ketawa.. Aku pun malu juga.. Apesal aku tak ingat nama cikgu ni.. Selepas itu, aku teringatlah nama Cikgu Maznah.. Alhamdulillah.. dapatlah cover balik yang aku tak ingat namanya.. Berboraklah sebentar dengannya.. tapi yang menarikya.. Majlis persandingan bagi pihak lelaki yang dipanggil "nyambut menantu".. Cikgu Maznah pun datang.. Apakah tidaknya.. yang berkahwin itu adik cikgu Maznah.. Sempatlah berborak dengan cikgu Maznah.. Mentionlah anak murid yang diingatinya.. seperti Fareez, Izwan 5I, Natrah, Malihah, Afiq dan Azim 5N.. korang mesti bangga sebab cikgu Maznah masih ingat korang.. Dari bukit China, Kok lanas ke Bertam, Gua Musang.. dua hati bertemu.. Semoga perkahwinan mereka dicucuri rahmat dan berkekalan sepanjang hayat.. amin...

Tuesday, May 25, 2010

WOULD LIKE = LOVE

Today, i learn something that i think it is interesting. Firstly, i like to share with you that i take tuition class at Pusat Bahasa Titian Jaya KB ( Cambridge English School). I take this class because i want to prepare myself for MUET that i will sit for it in the end of this year. My teacher says that I would like to swim. Then, she asks all of her students " What is word that can be replaced worl "would like" to make it short and same meaning with it? Everyone start to share their idea. I also guest a few woers such as 'eager' and 'agree'. But, both of them are wrong. Then, when everyone has give up, she gives the answer. She says that would like have the meaning with love. Is it true?? Would like just same with love?? In my opinion, like and love is something different. We maybe like someone but it does not mean that we love him or her. Love is something abstract to say. Love needs sacrifice, loyalty, and responsibility. Love is the powerful word that give the strength for us to continue our life. Love can be to our Creator, family, frenz, and the sweetheat one... "The greatest thing you'll ever learn is just to love and be loved in return", By Jules Love isn't blind, it just only sees what matters. Love is a moment that lasts forever... You will know the real meaning of love when you fall in love. If a tear fell from my eyes, everytime i wished you were with me I would have a puddle of fallen wishes at my feet. Through the wind I hear your voice, in the clouds I see your name. Living life without you just wouldnt be the same If you love someone more than anything, Then distance only matters to the mind, not to the heart. If i had a single flower for everytime i thought of you i could walk forever in my garden.

Wednesday, May 19, 2010

Keagungan Maha Pencipta

Dalam meniti sebuah kehidupan, seringkali diri ini mendengar dan melihat bukti-bukti keagungan Maha Pencipta melalui gambar-gambar dan media massa. Sebagai contohnya, awan yang membentuk kalimah Allah, kalimah Allah yang terbentuk pada kuih, pada buah dan pada badan binatang tertentu. Sungguh menakjubkan. Pengalaman yang benar-benar memberi tamparan hidup kepadaku ialah apabila aku melihat kalimah ALLAH dengan matake sendiri yang terbentuk di ruang udara. Aku menjadi kaku dan terasa kerdilnya diriku. Aku menyedari bahawa aku hanyalah hamba yang perlu mentaati perintahNya. Tanpa berlengah, aku memanggil kakak dan abang iparku untuk melihat sekali apa yang aku lihat. Tiga mata melihat ke arah yang sama, iaitu kalimah ALLAH yang terbentuk di langit. Kami amat bersyukur kerana dipilih untuk melihat keagungan Maha Pencipta. SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.. Tema yang sememangnya bertepatan dengan tugas seorang guru.. Malaysia yang sememangnya mementingkan pendidikan dan bagi kerajaan, pendidikan merupakan satu pelaburan yang menguntungkan kerana bagi melahirkan modal insan kelas pertama.. Dari cikgu sekarang sudah bertukar panggilan nampaknya.. lecturer.. kadangkala, panggil miss or puan je kak lecturer perempuan.. kat lecturer lelaki panggil je encik, tuan, atau haji.. tapi tugasnya sama je.. mendidik anak bangsa. Buat ustaz dan ustazah juga tidak dilupakan.. Mereka banyak mengajar ilmu agama agar diri ini menjadi insan yang berguna.. Dikesempatan ini, diri ini ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang pernah mengajar diri ini.. Jasamu tidak terhitung nilainya.. Buat para guru yang pernah mengajar diri ini dan juga guru di luar sana, teruskan usaha anda untuk mendidik anak bangsa agar anak muridmu pada hari ini bakal menjadi pemimpin dan insan yang berjaya pada masa hadapan.. WASSALAM

SELAMAT HARI GURU

Tuesday, May 11, 2010

PeRJuaNGaN YaNG BeLuM SeLeSai

Masa FORM 5 dulu, aku tak faham sangat tentang sistem pendidikan di MALAYSIA.. tapi, alhamdulillah.. sekarang dah faham cikit.. pasal sistem pendidikan di MALAYSIA ni, aku teringat kisah yang agak lucu pasal budak spc ASASI SAINS.. Nak dijadikan cerita, adalah beberapa orang ( lebih kira 2 oranglah), ketika mendaftar di UiTM Shah ALam, diorang tersilap ketika mendaftar. Bukan salah diorang jugak, tetapi berpunca kepada surat tawaran yang belum diterima oleh kami semua. Kami hanya dihubungi oleh Pegawai MARA mengenai pemilihan kami sebagai penuntut ASASI SAINS (PERUBATAN) SPC. Surat tawaran akan diberi selepas kami mendaftar di UiTM.. Masa pembantu MMS (Minggu Mesra Siswa) tu tanya, " awak course ape".. Sahabatku tadi terus menjawab " Medik".. Sahabatku tadi pun diletakkan di blok Perindu 3, blok sememangnya terdiri daripada mahasiswa perubatan.. Alhamdulillah, aku sudah diberi tahu awal mengenai hal ini dan aku berada sebilik bersama dengan pelajar ASASi lain.. Diorang tu jer yang sesat ke sana.. Tetapi ditukarkan jugak ke bilik kami selepas disedari kesilapn mereka.. Itulah antara dilema sistem pendidikan kita.. yang sorang ni pula, dapat strait A, tp kerna tak tahu sistem pendidikan di MALAYSIA, dia terambil diploma ketika mengisi UPU, sedangkan keputusan yang cemerlang, melaykkan dirinya ntuk memohon progran lain yang terbaik buatnya seperti program asasi.. Bukan diploma tak molek, tp.. masa tu penting.. diploma mengambil masa 2 tahun, sdgkan asasi hanya 1 tahun.. Sememangnya MALAYSIA byk menawarkan program persediaan (pra-U) seperti Matriks, Asasi, Diploma, STPM, A-Level, IB, Ausmat n byk lagi.. Teringat pula kata2 lecturer math aq, dalam hidup ni, ada 2 peperiksaan yang penting spm n pepriksaan ketika dalam program persediaan.. Katanya spm penting untuk melayakkan kita mengambil program persediaan, manakala program persediaan penting ntuk kita kerana keputusannyalah yang menentukan sma ada kita mampu mengambil bidang yang diimpikan oleh kita ataupun vice versa.. Aku rasa masih belum terlambat utuk aq mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih ke program matrikulasi dan sudah mendaftarkan diri dan juga buat mereka yang mendapat tawran UPU.. Tak kira ASASI ataupun diploma.. Teruskanlah momentum kecemerlangan anda semoga cita-cita anda mampu anda penuhi.. Akhir kata, good luck n best wishes from me to all of my dearest frenz.. WASSALAM..

Sunday, May 9, 2010

Asasi Sains SEM 1

Tanggal 27 Disember 2009, kakiku melangkah ke UiTM Shah ALam.. memenuhi tuntutan belajar dan merealisasikan impian untuk menjadi seorang doktor muslim yang berjaya. Seminggu sebelum itu, aku dihubungi oleh pegawai MARA bahawa aku telah terpilih untuk menyertai program ASASI SAINS (PERUBATAN) melalui Skim Pelajar Cemerlang.. Hatiku berbunga riang sekali mendengar perkhabaran ini.. Selama hampir empat bulan setengah berada di sana, pelbagai pengalaman yang mampu kuraih.. soal hubungan sesama rakan, hubungan dgn lecturer, hubungan dgn warga uitm.. pengalaman ini pasti meninggalkan banyak kesan dalam hidup aku.. Walaupun jumlah pelajar yang menyertai program ini adalah sikit iaitu 30 org, namun semangat berpasukan serta ukhuwah yang terbina merupakan satu perkara yang tidak terjangka.. Tanggapanku mengenai universiti juga lebih luas.. mulanya, aku menganggap universiti merupakan medan sosial yang tanpa batasan, pergaulan bebas budaya biasa.. namun, sangkaan agak meleset walaupun perkara sedemikian berlaku, namun masih ada insan yang masih mengamalkan syariat2 ISLAm, malah aku bangga dengan mereka.. Dari segi pembelajaran pula, yang terbahagi kepada 3 elemen utama iaitu kuliah, tutorial dan makmal, konsep sebegini langsung tidak menstresskan student, malah membuatkan aku berasa semangat untuk belajar. Namun begitu, biasalah MALAYSIA, yang sistem pendidikan yang "exam-oriented", maka dalam menghadapi kuiz dan peperiksaan final, adalah juga insan yang stress namun stressnya masih boleh ditangani.. tak sestress dalam menghadapi SPM.. Matapelajaran iaitu empat subjek bio, chem, fizik, n math memang merupakan favourite subjek aku sejak dulu lagi. dalam 4 subjek ini, mungkin boleh aku katakan aku terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mengulankaji mata pelajaran FIZIK kerana bab yang yg banyak berbanding bab lain kerana subjek ini bukan subjek menghafal, tetapi satu subjek uang mementingkan pemikiran yang kreatif dan kritis serta daya imaginasi yang tinggi. tp, FIZIK merupakan matapelajaran yang sangat menarik walaupun ia agak mencabar bagiku.. Satu lagi, lecturer di sini agaklah caring juga, jauh tersimpang daripada pandanganku. Sebelum melangkah ke U, aku berpandangan bahawa lecturer akan mengajar di hadapan, bla n bla, then, dismish. Soal faham tak faham, itu student punya kerjalah.. tp ia jauh sekali dengan realitinya di sini.. terima kasih banyak kepada lecturer2 yang banyak menolong diri ini.. Dalam mendepani usia remaja ini, mungkin kita akan diberi pilihan untuk bersosial. medannya bukan kecil di u, ianya amat luas, amat penting bagi kita untuk memantapkan ukhuwah sesama kita. Dan amatlah elok kita terlibat dengan usrah kerana usrah merupakan medium untuk kita berkongsi masalah serta berkongsi ilmu agama. Usrah amat penting dalam menjana kekuatan iman dan memberi makan kepda rohani kita yang lapar dgn ilmu agama. Mungkin di sek. menengah (secondary education), kita mungkin masih kedengaran nasihat yang diberi oleh guru, pemimpin pelajar, ataupun sahabat handai kita. Namun situasi ini amat berbeza di u, org takkan sekat kemahuan kita. Masing-masing tidak jaga tepi kain orang lain dan masing2 menbuat hal sendiri. Nak jadi mat romeo pun org tak kisah, mak nyah ke, tomboi ke, girlish ke, whatever, lantak korang lah nak jadi asalkan tak ganggu hidup i.. itulah realiti hidup di u, n bagi rakan-rakan yang bakal melangkah ke u, jagalah diri baik-baik, sentiasa maanfaatkan iman di dada, dan kekalkan momentum kecemerlangan kita dalam apa-apa bidang yang kita ceburi.. Akhir kata, selamat menempuh kehidupan baru buat rakan2 sekalian, n tahniah buat mereka yang bakal mendftar di Uitm Puncak Alam bagi ASASI SAINS n ASASi ENGIN.. SELAMAT MENYERTAI GAGASAN UITM all the best.. good luck