Thursday, June 10, 2010

SelamaT Pengantin Baru

Letihnya.. dan seronok.. itulah yang mampu aku coretkan.. Lucu dan sangat memeranjatkan.. itu juga sebahagian daripada memori yang tercipta untukku di kala ini.. Perjalanan sebuah kehidupan memang sangat mencabar dan menarik.. Ketika musim cuti sekolah datang bertandang, jemputan ke majlis kenduri boleh dikatakan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.. haha.. 7 Jun merupakan tarikh majlis persandingan saudara aku dengan seorang gadis dari bukit Cina.. Apabila sampai di rumah pengantin, alkisahnya berjumpalah aku dengan cikgu Maznah, cikgu MRSM pc.. Kata cikgu Maznah " macam kenal je".. Aku pun memperkenalkan diri.. tapi aku masih lagi tak ingat nama cikgu Maznah.. aku menekanya cikgu Mek Siti, tapi nyata salah sekali.. Cikgu Maznah ketawa.. Aku pun malu juga.. Apesal aku tak ingat nama cikgu ni.. Selepas itu, aku teringatlah nama Cikgu Maznah.. Alhamdulillah.. dapatlah cover balik yang aku tak ingat namanya.. Berboraklah sebentar dengannya.. tapi yang menarikya.. Majlis persandingan bagi pihak lelaki yang dipanggil "nyambut menantu".. Cikgu Maznah pun datang.. Apakah tidaknya.. yang berkahwin itu adik cikgu Maznah.. Sempatlah berborak dengan cikgu Maznah.. Mentionlah anak murid yang diingatinya.. seperti Fareez, Izwan 5I, Natrah, Malihah, Afiq dan Azim 5N.. korang mesti bangga sebab cikgu Maznah masih ingat korang.. Dari bukit China, Kok lanas ke Bertam, Gua Musang.. dua hati bertemu.. Semoga perkahwinan mereka dicucuri rahmat dan berkekalan sepanjang hayat.. amin...