Thursday, July 7, 2011

Tertunggu-tunggu akan TahaJJud CiNTa :)




Mengering Sudah Bunga Di Pelukan
Merpati Putih Berarak Pulang
Terbang Menerjang Badai
Tinggi Di Awan
Menghilang Di Langit Yang Hitam

Selamat Berpisah Kenangan Bercinta
Sampai Kapan Kah Jadinya
Aku Harus Menunggu
Hari Bahagia Seperti Dulu

Bersama Kasih Kembali Mesra
Bercumbu Lagi Memadu Satu
Janji Berjuta Bintang
Dalam Pelukan Sehangat Pagi
Yang Terang

Selamat Berpisah..
Kenangan Bercinta..

Wednesday, July 6, 2011

Umat Akhir Zaman- Adakah Satu Pintaan??

Salam...
Pernah tak kita terfikir

Nabi ALLAH Ibrahim a.s pernah berdoa kepada ALLAH S.W.T
agar umatnya, umat akhir zaman
namun, dia tidak mendapatkannya.

Dia berdoa agar dia menjadi
nabi di akhir zaman,
namun, dia tidak mendapatkannya.

Kemudian, dia berdoa agar dia
menjadi umat di akhir zaman,
dia juga tidak dapat.

Nabi Musa a.s pernah berdoa kepada ALLAH,
agar umatnya, umat akhir zaman,
namun, doanya tidak diperkenankan.

Dia berdoa agar
dia menjadi nabi di akhir zaman
Namun, dia tidak memperolehinya.

Dia berdoa pula agar
dia menjadi umat akhir zaman,
namun hasratnya tidak diperkenankan.

Nabi Isa a.s juga berdoa kepada ALLAH
agar dia mendapat umat akhir zaman
namun, hasratnya tidak kesampaian.

Dia berdoa pula agar dia
menjadi nabi di akhir zaman
namun, dia tidak mendapatkannya.

Dan, dia berdoa agar
dia menjadi umat akhir zamam,
dan dia mendapatkannya..

Lihat betapa Nabi ALLAH berdoa agar dapat
Menjadi umat akhir zaman.,
Namun kita tidak pernah berdoa untuk
Menjadi umat akhir zaman.
Alangkah beruntungnya kita.

Saya yakin,
Tersimpan seribu kelebihan untuk kita berada di akhir zaman..

“Barang siapa yang menghidupkan satu sunnah di zaman fasyak dan mungkar, ALLAH S.W.T memberikan ganjaran 100 syahid.

Selamat beramal..
Fikir-fikirkanlah

Friday, June 24, 2011

Renik-renik Kehidupan


Kehidupan
Ibarat pelangi menjelma
sesudah gerimis hujan 
mewarna setiap perjalanan insan 
untuk bertemu Ya Rabbi.

Kehidupan
bagai sebuah roda
di atas di bawah 
silih berganti

merasai situasi yang berbeza.

Kehidupan
ibarat masam manis buah mangga
adakalanya suka terbit dibibir
adakalanya duka hiba datang bertimpa
adakalanya riang ria dan lara
bertukar-tukar
memaknakan kembara manusia.

Kehidupan
satu pengembaraan
yang penuh teka teki
hanya iman di dada
mampu menjayakan
ekspedisi rentas ini.


Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami – dan dia adalah orang yang benar lagi dibenarkan -: “Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani, kemudian dia menjadi ketulan darah seperti tempoh tersebut juga (40 hari), kemudian dia menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut (40 hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, maka dia meniupkan ruh padanya. Lalu dia (malaikat) disuruh oleh Allah supaya menulis 4 perkara : (1) rezekinya, (2) ajalnya, (3) amalannya, dan (4) celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya! Sesungguhnya di kalangan kamu ada yang akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada di antaranya dengan syurga kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu diapun memasuki (neraka). Di kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di antaranya dengan neraka kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu diapun memasukinya (syurga).


Wednesday, June 22, 2011

Anak Didik Idaman Cikgu

Assalamuaikum...
Saya pernah dapat satu puisi. Puisi yang ditulis sendiri oleh cikgu English saya di MRSM Pasir Tumboh iaitu Ms. Kay@Khairiah. Puisi ni memang memberikan inspirasi kepada saya untuk berusaha lebih gigih dan menjadi anak didik yang diidamkan oleh semua cikgu..

Ciptaan puisinya memberikan motivasi, motivasi untuk saya terus mara ke hadapan dan berusaha memperbaiki diri sendiri.
Terima kasih teacher..

Baca dan hayati yer...........

Anak Didik Idaman Cikgu 
Oleh: Khairiah Bt Abdullah

Anak Didik Idaman Cikgu adalah Insan Muslim yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah Azza Wajjalla
Yang jiwanya kaya dengan penghayatan Islam..pusaka Rasulullah s.a.w
Yang sentiasa haus dengan ilmu - yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tak pernah takut untuk berkata benar
Yang tak pernah gentar dan penat untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Anak Didik Idaman Cikgu adalah Insan Muslim yang pintar soleh, serba boleh
Yang bijak menyepadukan 100 persen potensi aqal, rohani, jasmani dan emosi
Yang sentiasa berusaha memperhalusi akhlak dirinya dan menjaga tutur kata
Yang tidak bermegah dengan pangkat, nama, mahu pun harta dunia
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan & tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Anak Didik Idaman Cikgu adalah Insan Muslim yang menghormati IBUnya dan BAPAnya..
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup dengan penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Anak Didik Idaman Cikgu adalah Insan Muslim yang tak membazir masa
Yang hatinya sentiasa gentar untuk berfoya-foya
Matanya kepenatan kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh dengan kecergasan
Kerana sehari lagi usianya..
Terus menerus menjanjikan ilmu dan kematangan dirinya bertambah

Anak Didik Idaman Cikgu adalah Insan Muslim yang mengingati MATI
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu disiram, dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas keimanan hakiki yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Anak Didik Idaman Cikgu adalah Insan Muslim yang Soleh
Yang tidak pernah terpesona dengan buaian dunia
Kerana cikgu amat rindu dan mengimpikan Jannah
Disitulah rumah idaman cikgu
Yang mana kehidupan disana
Terbentang suatu kejayaan hakiki, kekal selamanya penuh rahmat dan kasih sayang
Jua tiada tandingannya dengan dunia fana dan segala isinya

Ingatlah - Anak Didik yang Cikgu Hormati lagi Kasihi
Tidak sekali-kali cikgu nafikan keseronokan alam remaja hanya datang sekali
Begitu juga dengan MATI
Ianya juga hanya datang sekali seumur hidup
Jadikanlahnya pada JALAN Allah



Tuesday, June 21, 2011

Cita-cita - Langkah Pemula

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Sejak kecil lagi, setiap daripada kita sudah didedahkan dengan cita-cita.
Semasa kita kecil, bermacam-macam cita-cita yang terbit daripada mulut kita.
Cita-cita itu adalah kerjaya masa depan, itu mungkin yang mampu kita fikirkan ketika itu.

Cita-cita. Bukan hanya berkisarkan kepada kerjaya semata-mata, tetapi lebih kepada apa yang ingin kita capai. Tanpa cita-cita tiada gunalah satu kehidupan.

Ramai orang bercita-cita. Bercita-cita untuk berjaya, bercita-cita untuk cemerlang, bercita-cita untuk bahagia. Biar apapun cita-cita yang ingin dikecapi, cita-cita akan menjadi satu panduan untuk mengecap satu keinginan.

Biarlah kita hilang segalanya. Kita hilang harta benda. Kita hilang keluarga. Kita hilang kerjaya. Kita hilang kemewahan dan kesenangan. Kita hilang nikmat kesihatan. Tetapi jangan dihilang CITA-CITA. Kerana dengan cita-cita, kita akan ada semangat. Semangat untuk terus hidup, semangat untuk terus berjuang, semangat untuk terus berjuang.

Cita-cita juga merupakan pemula kepada sesuatu. Dengan cita-cita, kita akan berusaha. Berusaha untuk mendapat apa-apa yang dicita-citakan.


Sekiranya apa yang dicita-citakan itu tidak dapat direalisasikan, jangan mudah kecewa dan putus asa kerana mungkin ada jalan lain yang lebih baik yang diatur oleh ALLAH S.W.T.

Umar bin Abdul Aziz, seorang khalifah yang disegani semasa zaman kegemilangan Islam pernah berkata,
 “Sesungguhnya jiwaku adalah jiwa yang mempunyai banyak cita-cita. Dia pernah bercita-cita menjadi amir, dia telah mendapatkannya. Dia bercita-cita menjadi seorang khalifah, juga telah didapatkannya. Sekarang, cita-citaku adalah surga, dan aku berharap mendapatkannya.”

Usamah ibn Zaid pergi ke medan perang ketika usianya masih 15 tahun. Padahal ketika usinya 14 tahun semangat jihadnya sudah berapi-api: ia ingin cepat berada di shaf para mujahid Allah. Namun Nabi saw melarangnya, kerana masih teramat muda. Apa yang dia raih? Dia berjaya menjadi seorang jeneral tentera dalam operasi menundukkan negara Rom pada umur 18 tahun sedangkan dibelakangnya dipimpinnya Khalid Bin Al-Walid dan beberapa orang sahabat Rasulullah yang lain.

Nabi Muhammad sendiri seorang yang kaya dengan cita-cita. Cita-cita untuk menyebarkan Islam. Lihatlah empayar nabi kita sampai dapat menguasai 2/3 dunia. Malah, baginda juga bercita-cita agar diberikan kesejahteraan kepada umatnya pada masa hadapan.

Bercita-cita untuk sampai ke negeri sana
maqbulnya bukan dengan limpahan harta
tidak cukup pitis berjuta
hatta sekeping tiket Air Asia


Bercita-cita untuk sampai ke negeri akhirat
jangan mudah jemu dan penat
menjadi hamba yang taat
selalu setiap saat


Apa yang ditunggu lagi?
Marilah kita bercita-cita.
Insya-ALLAh, masih sempat.
Jom sama-sama bercita-cita!
Saya dan anda.


Saturday, June 18, 2011

KEJAYAAN- APAKAH PARAMETERNYA??

Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera..

Lama sungguh tak update blog..
kerja yang banyak menghalang tangan ini menulis
pada kekunci komputer..

Hari ini, manusia seakan-akan berlumba-lumba, berlumba untuk mengejar kejayaan,
kerana kejayaan itu adalah subjektif, maka objektif kejayaan juga berbeza.
Ada yang ingin berjaya menjadi kaya, berjaya menjadi ketua sesebuah organisasi,
berjaya dalam bidang kerjaya, berjaya  dalam membina gerbang perkahwinan, berjaya dalam mendapatkan gaji yang mahal, berjaya dalam setiap yang diceburi,
berjaya dalam apa-apa jua usaha.

Saya yakin, aku yakin, kejayaan tidak pernah datang bergolek apabila kita hanya bergolek-golek di tempat tidur. Ketabahan tidak akan diberi ALLAH apabila kita tidak diuji. Kesabaran juga tidak mampu hadir, sekiranya kita tidak berusaha mengawal marah, sakit hati dan kecewa.
Kejayaan pastinya memerlukan pengorbanan. Namun, pernahkah kita sebenarnya terfikir, adakah kejayaan sememangnya manis? Adakah perjalanan menuju kejayaan itu lebih manis?
Buka minda, buka hati, ayuh kita berfikir sejenak.

Dalam kita berusaha mengejar sebuah kejayaan, usaha dan ikhtiar pasti menjadi satu keharusan. Malah, mungkin juga satu kewajiban.  Kita berkorban keringat. Kita berfikir serasionalnya. Untuk menggapai sebuah kecemerlangan.
Ternyata, kadang kala, apa yang kita usahakan tidak kesampaian. Mungkin kita gagal meraih apa kita ingini. Memang benar, kita gagal. Namun, jangan dilupa pada perjalanan menuju kejayaan, kerana ia adalah lebih ‘manis’, dan bakal menjadi panduan dalam meraih kejayaan yang seterusnya.

Gagal dan berjaya. Perkataan yang sememangnya abstrak dan subjektif. Kerana tiada kayu ukur ataupun parameter dalam menentukan kejayaan seseorang di dunia.
Sebagai contohnya, seorang nelayan yang miskin hidupnya. Dia menggunakan perahu yang sudah uzur keadaannya untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan. Pada satu hari, dia dikurniakan rezeki yang lebih oleh ALLAH dan mampu membeli sebuah motobot yang ternyata lebih laju, lebih cekap, dan juga lebih jauh ke lautan untuk menangkan ikan. Maka, memiliki motobot itu satu kejayaan yang besar buatnya. Namun begitu, pada pandangan mata kasar manusia (mungkin saya sorang jer), memiliki motobot merupakan perkara biasa. Sudah ramai yang memilikinya. Maka, wajarkah kita menganggap itu adalah satu kegagalan? Satu perkara biasa? Fikir-fikirkanlah.

Namun bagi saya, seperti yg dinyatakan sebelum ini, tiada parameter dalam menentukan kejayaan sebenar seseorang di dunia. Siapalah kita untuk menentukan tahap kejayaan seseorang?
*ada pandangan, sila kongsi-kongsikan.

Kejayaan yang dimaksudkan di sini, kejayaan yang dapat dilihat secara kasar. Kejayaan yang biasanya difikirkan oleh manusia biasa.

Namun begitu, dalam Islam, konsepnya ternyata berlainan. Masuk syurga merupakan kejayaan yang besar. Dan masuk syurga bersama orang tersayang, jauh lebih besar.

Surah At-Taubah (72)
Allah berfirman: “Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar”.

Surah Ghafar (8-9)
“Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga “Adn” yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
“Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang amat besar (nilainya)”.

Pepatah Arab ada mengatakan “Man Jadda Wa Jada”. Maksudnya, sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti ada jalan

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum, kecuali kaum itu mengubah nasib dirinya sendiri."

Maka marilah kita sama-sama meningkatkan usaha untuk sama-sama berjaya. Berjaya dalam apa-apa yang diceburi.
Wassalam.

Tuesday, April 19, 2011

TERJAH BUKU Isu 1..






Sinopsis:

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.


Nota kaki: Novel ini karya ketiga Siti Rosmizah selapas andai itu takdir-Nya dan Cinta kau dan aku. Novel ni memang best, memang syoklah kalau baca tulisan Siti Rosmizah ni.. Beliau boleh buat kita menghayati watak yang diceritakan novel ini.. Kerjaya beliau sebagai peguam yang sentiasa hadir di mahkamah menyebabkan sy kagum dgn peribadi beliau.. Seorang peguam dan juga seorang penulis.. Novel ini pernah berada di rangking no 1 carta buku kedai MPH.




Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.


“Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri.”
Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.
“Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling.”

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.
“You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah…musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji.”

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.
“Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika.”
Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

“Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris.”
Cinta…cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.
“Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.”
Cinta…cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

“Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang.

Nota Kaki: Sedih sungguh baca novel ni. Itulah kata-kata yang saya dengar dari senior tempat kerja. Memang sedih lah.. jalan cerita dia memang best!! Memang Kak Rosmizah pandai tulis novella!!


SEANDAINYA - RYS AREESA

SEANDAINYA - RYS AREESA


Masing-masing enggan meluahkan isi hati. Hanya bahasa tubuh dan bicara tersirat yang memainkan peranan. Areena tidak berani membuka pintu hatinya untuk Wan Zaharris. Bimbang dirinya akan dikecewakan sebagaimana Zaharris Arman menghancurkan hatinya berderai berkeping-kepingan. Wan Zaharris pula bersenda di dalam kata-kata seriusnya terhadap Areena, berharap gadis itu bisa membaca apa yang tersirat di dalam hatinya. Ke manakah sudahnya hala tuju perhubungan ini?

Pertemuan di dalam komuter menjadi bibit memori yang indah buat Shamsul Azhar. Redup mata Areena mengganggu ketenangan kolam hatinya. Jejaka pemalu ini di dalam diam mengharapkan pertemuan seterusnya biarpun masing-masing pernah hampir disatukan.

Tatkala Zaharris Arman menagih kembali cinta Areena, Wan Zaharris muncul sebagai perwira yang melindungi Areena dari sebarang ancaman kehancuran hati buat kali kedua. Tatkala Areena bersedia menerima kehadiran Wan Zaharris dengan hati yang terbuka, takdir penentu segala-galanya mengambil tempat.

Seandainya Areena membuka pintu hatinya terhadap Wan Zaharris… seandainya Wan Zaharris berterus terang dengan Areena… seandainya takdir tidak wujud di antara mereka berdua, apakah dua insan ini akan beroleh kebahagiaan yang hakiki? 



Himpunan Cerpen 'Cinta Kun Fayakun'

KANDUNGAN HIMPUNAN CERPEN "CINTA KUN FAYAKUN"


1) Debu-debu Zitkovac – tersiar dalam Tunas Cipta, Mei 2005
2) Lelaki Tiong Hua – Tersiar di Dewan Siswa, 1hb Februari 2005
3) Tafakur – Tersiar di Majalah I, 1hb September 2006
4) Cinta Kun Fayakun
5) Gadis Bermata Biru – Tersiar di Dewan Siswa, 1 Ogos 2005
6) Salam Nihayah
7) Merdekakan Mutassia – Tersiar di Majalah I, 1hb Februari 2006
8) Tangisan Langkasuka – Tersiar di Dewan Agama & Falsafah, 1hb Jun 2005
9) Protokol Exodus
10) Ratiban Al-Quds
11) Autentik – Tersiar di Majalah I, 1hb januari 2005
12) Lepaskan Tanganku
13) Xeredorma Pigmentosum

Himpunan cerpen-cerpen saya,mempunyai kisah percintaan, perjuangan, kefahaman agama dan konflik perasaan. Memberi pengertian tentang erti kehidupan. Menambahkan makna dan perasaan sebagai insan berjuang. Dapatkan di kedai berdekatan dengan harga RM12. Terbitan Telaga Biru. Boleh dapatkan secara online di pustakaiman.blogspot.com.

**** Petikan GADIS BERMATA BIRU)
“Aku tidak menemukan sesuatu yang agung dari bicaramu sebentar tadi” Spontan aku meluah opini.
“Kamu melihat watak itu sebagai lipurlara atau apa? Dia punya satu nyawa yang telah dicurahkan untuk perjuangan. Dia punya usia yang panjang dan 30 tahun daripadanya telah dihabisi di rimba Kutaraja dan Meulaboh. Aku tidak hairan jika dia lelaki, ternyata dia seorang isteri, ibu dan ketua tentera selepas kematian suaminya. Ketika aku membaca biografinya dalam rekod peperangan Belanda di bumi Jawa, aku mengenalnya. Dia wanita yang miliki jatidiri agung, layak disanjung oleh kaum sejenis termasuk aku.”

“Aku fikir masih ramai lagi watak lain yang boleh kau kagumi selainnya. Jurang waktu sudah meringkuk lama meninggalkan jasadnya di bumi Jawa. Di balik memorial perang dan sejarah Aceh, apakah tiada yang lain setaraf dengannya?” Sengaja aku cetus argumentasi.
“Kau muslim?” Dia bertanya. Aku angguk perlahan.

Dia senyum. Kemudian bibir mungilnya memecahkan ketawa hingga memaksa aku fikir kembali jika tindakanku ada berbaur jenaka. Aku kaku, memandang mata biru Nanda dan lentik keningnya. Dia benar-benar buat aku kangan sendiri. Sukmaku jadi penasaran.
“Hari ini, zaman ini, apakah kau pasti ada wanita sebaiknya dari Asia? Ketika umat Islam cuba memenangi hati orang Barat seperti kami untuk penyesuaian secara liberal. Ketika remaja di Asia, malah di dunia sedang membudayakan hedonisma, mengejar populariti melalui rancangan Idol. Termasuk pemuka agama Islam sendiri, seperti Ameena Wadoud yang menarik media untuk publisitikan agenda solat Jumaat berjemaah di gereja. Dengan situasi umat Islam sebegini, apakah kau fikir ada watak yang boleh menandinginya?”

**** (Petikan Cinta Kun Fayakun)
Mukrim,
Tuhan telah menulis sejalur takdir untuk kita, dan kun fayakun tuhan telah terjadi. Kita dileraikan, tidak bisa bersatu atas nama cinta. Aku mohon maaf di atas segala rasa kecewa yang singgah di hatimu, tidak mampu mengubatinya malah menambah seksa.
Kulitku cengkung dan kering, akibat disihir bapa sendiri. Aku tidak betah berjalan, mencarimu dan memohon maaf di depanmu. Aku tahu, kau menderita. Ku tahu betapa sakitnya dendam rindu yang menikam batini. Tapi, apakan daya, cinta tidak memenangkan segala.
Cinta tak mampu menyatukan kita. Oleh itu, jangan kau hampakan keinginanku untuk melihat kau bahagia. Punya anak-anak dan waris keturunanmu sendiri. Oleh itu kupohon, jangan menunggu di pintu yang sudah lama terkunci, rosak dan tidak bisa dihuni. Sedangkan pintu-pintu lain menanti untuk dibuka, dihuni dan didiami.

Nota kaki: Baru baca separuh daripada cerpen buku ni. Bahasanya tinggi dan kadang kala santai..
Cerpen Salam Nihayah tu memang best!! Baca cerpen tu, hati rasa tersentuh. Tema dia pasal pengorbanan seorang abang kepada adiknya..Latar tempat dia memang saya selalu pergi dan lalu, maklumlah dekat dengan kampong saya. Memang ‘salam nihayah’ tu boleh buat saya baca dari A-Z. No skip-skip!!

Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Apa yang berlaku seterusnya?
Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki tampan dan hidup mewah.
Tiara yang  turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman.
Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolah Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya.
Nota kaki: Siti Nur Dhuha pun best jugak!! Novel dia pernah dop rangking no. 1 carta buku Kedai MPH..

Saturday, February 26, 2011

Carta 10 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA 2011

Assalamualaikum
Wahai pembaca yang budiman
dan rakan taulan sekalian...

8 Februari lalu, senarai 10 orang yang yang terkaya di Malaysia
sudah jelas terpampang di media cetak tanah air..
Adakah anda sempat membacanya..
Jikalau tak sempat...
Post kali ini akan berkisar mengenai hal ini..

#1 : Robert Kuok
·         Kekayaan bersih : $12 bilion
·         Umur: 86 tahun
·         Berkahwin, 8 orang anak
·         Digelar “Raja Gula Asia”
·         Sumber kekayaan pelbagai

#2 Ananda Krishnan 
·         Kekayaan bersih :$8.1 billion 
·         Umur 72 
·         Berkahwin, 8 anak
·         Pemilik “ Maxis Communication”, MEASAT Broadcast Network Systems  dan mempunyai tiga satelite yang mengelilingi bumi
·         Pemilik Usaha Tegas Sdn. Bhd.
·         Sumber kekayaan : pelbagai
·         Terlibat juga dalam industri minyak

#3 Lee Shin Cheng
·         Kekayaan bersih : $4.6 bilion
·         Umur: 71 tahun
·         Berkahwin, 6 orang anak
·         Sumber kekayaan: Industri minyak kelapa sawit
·         ­Pengarah Syarikat IOI, kilang menapis kelapa sawit

#4 Lee Kim Hua
·          Kekayaan bersih :$3.9 billion 
·         Umur 81
·         Berkahwin, 6 anak
·         Sumber utama : Perjudian
·         Balu kepada Lim Goh Tong yang memiliki Genting Group
·         Lim Goh Tong yang memajukan Genting Highland yang merupakan kasino terbesar di rantau ini.

#5 Quek Leng Chan
·         Kekayaan bersih : 3.85 billion
·         Umur 69
·         Berkahwin , 3 anak
·         Sumber kekayaan pelbagai
·         Chairman & Chief Executive Officer of Hong Leong Company (Malaysia) Berhad (“HLCM”), Executive Chairman of Hong Leong Industries Berhad (“HLI”), Hume Industries (Malaysia) Berhad (“HIMB”), Hong Leong Financial Group Berhad, GuocoLand (Malaysia) Berhad, Camerlin Group Berhad and Chairman of Hong Leong Bank Berhad, HLG Capital Berhad (“HLG”), Hong Leong Assurance Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad and Hong Leong Foundation (“HLF”).

#6 Teh Hong Piow
·         Kekayaan bersih $3.8 billion
·         Umur 80
·         Berkahwin, 4 anak
·         Sumber kekayaan : Perbankan
·         Pengasas dan pemilik Public Bank

#7 Yeoh Tiong Lay
·         Kekayaan bersih $2.5 billion
·         Umur 80
·         Berkahwin, 7 anak
·         Sumber kekayaan pelbagai
·         Pengasas YTL Corp., salah satu konglomerat terbesar di Malaysia
·         Memiliki Power seraya, syarikat jana kuasa yang terletak di Singapura

#8 Syed Mokhtar Al-Bukhary
·         Kekayaan bersih $1.7 billion
·         Umur 58
·         Berkahwin, 5 anak
·         Sumber pelbagai
·         Terlibat dengan industri padi beras dan mengambil alih syarikat Padiberas Nasional
·         Memilki pelabuhan dan lapangan terbang di Johor

#9 Vincent Tan
·         Kekayaan bersih $1.6 billion
·         Umur 58
·         Berkahwin, 11 anak
·         Memiliki Berjaya Group yang mengendalikan Wendy’s, Starbucks, Papa John’s Pizza di Malaysia, rawatan air kumbahan
·         Terlibat dalam industri perjudian, Ascot Sports
·         Membeli rangkaian network Friendster

 #10 Tiong Hiew King
·         Kekayaan bersih $1.2 billion
·         Umur 75
·         Berkahwin, 4 anak
·         Sumber kekayaan: Bijih Timah
·         Syarikatnya, Rimbunan Hijau melabur dalam industry minyak kelapa sawit, bijih timah dan hartanah



Apakah moral disebalik rangking di atas??
Bagi saya..
Orang Melayu perlu bekerja lebih kuat dan gigih untuk membantu dalam pertumbuhan ekonomi Negara..
Orang Melayu perlu rasa tercabar dengan rangking tersebut dan sentiasa memajukan diri..
Kerja keras, semangat juang yang tinggi serta iltizam penting dalam mendambakan sebuah kejayaan
Kejayaan tidak datang bergolek. Setiap kejayaan yang dikecapi pasti disusuli dengan usaha yang tak pernah kenal penat lelah..
Cuba rakan-rakan sekalian jejaki sejarah dan biografi 10 orang terkaya di atas..
Mereka sudah pastinya melalui pengalaman yang terlalu jerih sebelum menjadi seorang jutawan..
Mereka bermula dari bawah sebelum mereka tiba di puncak..
Mereka berusaha secara luar biasa, korban masa dan beri komitmen yang tinggi
Mereka merencanakan sebuah kehidupan
Membawa Malaysia ke puncak jaya
Bagi merealisasikan Wawasan 2020
Akhir kata, Selamat Maju Jaya buat semua..
p/s: semoga rangking top 10 2012 kelihatan lebih ramai orang Melayu dan bumiputera..      ......AMIN....