Dalam menempuhi onak duri dan ranjau kehidupan..
kita sering sahaja berhadapan dengan masalah..
tiada siapapun yang tidak ditimpa masalah..
malah kita juga sering berhadapan dengan jalan buntu..
seolah-olah dunia ini hampir kiamat..
Kita dihimpit ke hujung dinding hingga tiada ruang
untuk kita bernafas..
Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang merangkak
dan menapak walau selangkah..
Tapi ingatlah hidup kita belum berakhir..
Kerana penamat kita hanya satu..
iaitu ketika malaikat maut datang menghampiri..
memisahkan nyawa dari jasad..
namun itupun bukan penamat terakhir..
kerana ada kehidupan yang kekal abadi di sana..
Sahabatku..
seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat
boleh membawa kepada jalan baru yang lebih luas..
Sunday, September 26, 2010
Wednesday, September 1, 2010
Kusangkakan panas hingga ke petang kiranya hujan di tengah hari.. waduh waduh
Post kali ini mungkin bernada melankolik dan keinsafan sedikit..
Satu perkara yang ingin aku kongsi bersama para sahabat sekalian..
Baru-baru ini, aku telah mendapat sesuatu yang aku sangat sukai
dan benda tersebut merupakan apa yang aku hajati..
Namun.. di sebalik kemanisan dan kegembiraan yang dirasai..
tersirat seribu perit dan pedih yang melanda..
kusingkirkan lara ini..
namun ia tetap hadir mengganggu jiwa ini..
Setelah aku berusaha menghadapi situasi ini..
Usahkan kejayaan tetapi kegagalan yang datang bertubi..
Ku lari jauh tak sanggup bergelut dengannya..
Namun hampa belaka..
Akhirnya, aku menerima situasi ini dengan hati terbuka..
Ku bersyukur
Ku reda dengan ketentuanNYA..
Kerana aku mengerti di sebalik air yang jernih pasti ada buaya yang menunggu mangsa
disebalik kehebatan sesuatu pasti ada cacat celanya jua..
disebalik senyuman yang terukir pasti ada duka yang kadang kala menghimpit jiwa..
Oleh itu, janganlah sesekali menganggap sesuatu yang baik untuk kita akan sentiasa baik..
kerana yang baik itu mungkin akan memberi musibah pada kita kelak
Dan jangan pula menganggap yang perkara yang tidak baik akan kekal tidak baik
kerana mungkin suatu hari nanti yang tidak baik itu mampu memberi seribu tawa buat kita
Ingatlah sesuatu yang berlaku diatur oleh ALLAH Yang Maha Berkuasa
Hadapilah dengan iman..
Kerana imanlah menentukan kejayaan dalam sesuatu tindakan..Wassalam..
1 September 2010
11 Malam
Tuesday, August 24, 2010
AURORA- love to learn u!!
When I learn LIGHT for the Physics subect, I am so interested to "aurora" which is the effects of the interference of light.
Here are nice picture to see..
Thursday, July 1, 2010
Sem 2 bakal bermula..
5 julai.. tarikh keramat bagiku kerana saat itu, bermulalah sem 2 Asasi Sains bagi budak-budak tajaan MARA.. oohh.. apa yang bakal berlaku di SEM 2.. hanya ALLAH yang tahu.. SEM 2 ni, aku harap perjalanan hidupku akan lebih lancar dan baik, iman dan amalku sentiasa bertambah..
Buat Zuhaira Hayati yang bakal meninggalkan budak2 asasi Sains, harap kamu berjaya di tempat baru dan berjaya dalam mengejar cita-cita..
ALL THE BEST untuk mahasiswa/i UITM yang mendaftar bagi kursus diploma pada 26 Jun baru-baru ini dan mahasiswa/i yang bakal memulakan pengajian pada 5 Julai ni..
Ganbatte!!!
Thursday, June 10, 2010
SelamaT Pengantin Baru
Letihnya.. dan seronok.. itulah yang mampu aku coretkan.. Lucu dan sangat memeranjatkan.. itu juga sebahagian daripada memori yang tercipta untukku di kala ini.. Perjalanan sebuah kehidupan memang sangat mencabar dan menarik.. Ketika musim cuti sekolah datang bertandang, jemputan ke majlis kenduri boleh dikatakan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.. haha.. 7 Jun merupakan tarikh majlis persandingan saudara aku dengan seorang gadis dari bukit Cina..
Apabila sampai di rumah pengantin, alkisahnya berjumpalah aku dengan cikgu Maznah, cikgu MRSM pc.. Kata cikgu Maznah " macam kenal je".. Aku pun memperkenalkan diri.. tapi aku masih lagi tak ingat nama cikgu Maznah.. aku menekanya cikgu Mek Siti, tapi nyata salah sekali.. Cikgu Maznah ketawa.. Aku pun malu juga.. Apesal aku tak ingat nama cikgu ni.. Selepas itu, aku teringatlah nama Cikgu Maznah..
Alhamdulillah.. dapatlah cover balik yang aku tak ingat namanya.. Berboraklah sebentar dengannya.. tapi yang menarikya.. Majlis persandingan bagi pihak lelaki yang dipanggil "nyambut menantu".. Cikgu Maznah pun datang.. Apakah tidaknya.. yang berkahwin itu adik cikgu Maznah.. Sempatlah berborak dengan cikgu Maznah.. Mentionlah anak murid yang diingatinya.. seperti Fareez, Izwan 5I, Natrah, Malihah, Afiq dan Azim 5N.. korang mesti bangga sebab cikgu Maznah masih ingat korang..
Dari bukit China, Kok lanas ke Bertam, Gua Musang.. dua hati bertemu..
Semoga perkahwinan mereka dicucuri rahmat dan berkekalan sepanjang hayat.. amin...
Subscribe to:
Comments (Atom)



