Wednesday, September 1, 2010

Kusangkakan panas hingga ke petang kiranya hujan di tengah hari.. waduh waduh


Post kali ini mungkin bernada melankolik dan keinsafan sedikit.. 
Satu perkara yang ingin aku kongsi bersama para sahabat sekalian..
Baru-baru ini, aku telah mendapat sesuatu yang aku sangat sukai 
dan benda tersebut merupakan apa yang aku hajati..
Namun.. di sebalik kemanisan dan kegembiraan yang dirasai.. 
tersirat seribu perit dan pedih yang melanda..
kusingkirkan lara ini..
namun ia tetap hadir mengganggu jiwa ini..
Setelah aku berusaha menghadapi situasi ini..
Usahkan kejayaan tetapi kegagalan yang datang bertubi..
Ku lari jauh tak sanggup bergelut dengannya..
Namun hampa belaka..
Akhirnya, aku menerima situasi ini dengan hati terbuka..
Ku bersyukur
Ku reda dengan ketentuanNYA..
Kerana aku mengerti di sebalik air yang jernih pasti ada buaya yang menunggu mangsa
disebalik kehebatan sesuatu pasti ada cacat celanya jua..
disebalik senyuman yang terukir pasti ada duka yang kadang kala menghimpit jiwa..

Oleh itu, janganlah sesekali menganggap sesuatu yang baik untuk kita akan sentiasa baik..
kerana yang baik itu mungkin akan memberi musibah pada kita kelak
Dan jangan pula menganggap yang perkara yang tidak baik akan kekal tidak baik
kerana mungkin suatu hari nanti yang tidak baik itu mampu memberi seribu tawa buat kita 
Ingatlah sesuatu yang berlaku diatur oleh ALLAH Yang Maha Berkuasa
Hadapilah dengan iman..
Kerana imanlah menentukan kejayaan dalam sesuatu tindakan..Wassalam..

1 September 2010
11 Malam

No comments: