Dalam menempuhi onak duri dan ranjau kehidupan..
kita sering sahaja berhadapan dengan masalah..
tiada siapapun yang tidak ditimpa masalah..
malah kita juga sering berhadapan dengan jalan buntu..
seolah-olah dunia ini hampir kiamat..
Kita dihimpit ke hujung dinding hingga tiada ruang
untuk kita bernafas..
Kita diasak ke hujung jalan hingga tiada ruang merangkak
dan menapak walau selangkah..
Tapi ingatlah hidup kita belum berakhir..
Kerana penamat kita hanya satu..
iaitu ketika malaikat maut datang menghampiri..
memisahkan nyawa dari jasad..
namun itupun bukan penamat terakhir..
kerana ada kehidupan yang kekal abadi di sana..
Sahabatku..
seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat
boleh membawa kepada jalan baru yang lebih luas..
No comments:
Post a Comment