Tuesday, June 21, 2011

Cita-cita - Langkah Pemula

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Sejak kecil lagi, setiap daripada kita sudah didedahkan dengan cita-cita.
Semasa kita kecil, bermacam-macam cita-cita yang terbit daripada mulut kita.
Cita-cita itu adalah kerjaya masa depan, itu mungkin yang mampu kita fikirkan ketika itu.

Cita-cita. Bukan hanya berkisarkan kepada kerjaya semata-mata, tetapi lebih kepada apa yang ingin kita capai. Tanpa cita-cita tiada gunalah satu kehidupan.

Ramai orang bercita-cita. Bercita-cita untuk berjaya, bercita-cita untuk cemerlang, bercita-cita untuk bahagia. Biar apapun cita-cita yang ingin dikecapi, cita-cita akan menjadi satu panduan untuk mengecap satu keinginan.

Biarlah kita hilang segalanya. Kita hilang harta benda. Kita hilang keluarga. Kita hilang kerjaya. Kita hilang kemewahan dan kesenangan. Kita hilang nikmat kesihatan. Tetapi jangan dihilang CITA-CITA. Kerana dengan cita-cita, kita akan ada semangat. Semangat untuk terus hidup, semangat untuk terus berjuang, semangat untuk terus berjuang.

Cita-cita juga merupakan pemula kepada sesuatu. Dengan cita-cita, kita akan berusaha. Berusaha untuk mendapat apa-apa yang dicita-citakan.


Sekiranya apa yang dicita-citakan itu tidak dapat direalisasikan, jangan mudah kecewa dan putus asa kerana mungkin ada jalan lain yang lebih baik yang diatur oleh ALLAH S.W.T.

Umar bin Abdul Aziz, seorang khalifah yang disegani semasa zaman kegemilangan Islam pernah berkata,
 “Sesungguhnya jiwaku adalah jiwa yang mempunyai banyak cita-cita. Dia pernah bercita-cita menjadi amir, dia telah mendapatkannya. Dia bercita-cita menjadi seorang khalifah, juga telah didapatkannya. Sekarang, cita-citaku adalah surga, dan aku berharap mendapatkannya.”

Usamah ibn Zaid pergi ke medan perang ketika usianya masih 15 tahun. Padahal ketika usinya 14 tahun semangat jihadnya sudah berapi-api: ia ingin cepat berada di shaf para mujahid Allah. Namun Nabi saw melarangnya, kerana masih teramat muda. Apa yang dia raih? Dia berjaya menjadi seorang jeneral tentera dalam operasi menundukkan negara Rom pada umur 18 tahun sedangkan dibelakangnya dipimpinnya Khalid Bin Al-Walid dan beberapa orang sahabat Rasulullah yang lain.

Nabi Muhammad sendiri seorang yang kaya dengan cita-cita. Cita-cita untuk menyebarkan Islam. Lihatlah empayar nabi kita sampai dapat menguasai 2/3 dunia. Malah, baginda juga bercita-cita agar diberikan kesejahteraan kepada umatnya pada masa hadapan.

Bercita-cita untuk sampai ke negeri sana
maqbulnya bukan dengan limpahan harta
tidak cukup pitis berjuta
hatta sekeping tiket Air Asia


Bercita-cita untuk sampai ke negeri akhirat
jangan mudah jemu dan penat
menjadi hamba yang taat
selalu setiap saat


Apa yang ditunggu lagi?
Marilah kita bercita-cita.
Insya-ALLAh, masih sempat.
Jom sama-sama bercita-cita!
Saya dan anda.


No comments: