Wednesday, June 22, 2011

Anak Didik Idaman Cikgu

Assalamuaikum...
Saya pernah dapat satu puisi. Puisi yang ditulis sendiri oleh cikgu English saya di MRSM Pasir Tumboh iaitu Ms. Kay@Khairiah. Puisi ni memang memberikan inspirasi kepada saya untuk berusaha lebih gigih dan menjadi anak didik yang diidamkan oleh semua cikgu..

Ciptaan puisinya memberikan motivasi, motivasi untuk saya terus mara ke hadapan dan berusaha memperbaiki diri sendiri.
Terima kasih teacher..

Baca dan hayati yer...........

Anak Didik Idaman Cikgu 
Oleh: Khairiah Bt Abdullah

Anak Didik Idaman Cikgu adalah Insan Muslim yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah Azza Wajjalla
Yang jiwanya kaya dengan penghayatan Islam..pusaka Rasulullah s.a.w
Yang sentiasa haus dengan ilmu - yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tak pernah takut untuk berkata benar
Yang tak pernah gentar dan penat untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Anak Didik Idaman Cikgu adalah Insan Muslim yang pintar soleh, serba boleh
Yang bijak menyepadukan 100 persen potensi aqal, rohani, jasmani dan emosi
Yang sentiasa berusaha memperhalusi akhlak dirinya dan menjaga tutur kata
Yang tidak bermegah dengan pangkat, nama, mahu pun harta dunia
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan & tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Anak Didik Idaman Cikgu adalah Insan Muslim yang menghormati IBUnya dan BAPAnya..
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup dengan penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Anak Didik Idaman Cikgu adalah Insan Muslim yang tak membazir masa
Yang hatinya sentiasa gentar untuk berfoya-foya
Matanya kepenatan kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh dengan kecergasan
Kerana sehari lagi usianya..
Terus menerus menjanjikan ilmu dan kematangan dirinya bertambah

Anak Didik Idaman Cikgu adalah Insan Muslim yang mengingati MATI
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu disiram, dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas keimanan hakiki yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Anak Didik Idaman Cikgu adalah Insan Muslim yang Soleh
Yang tidak pernah terpesona dengan buaian dunia
Kerana cikgu amat rindu dan mengimpikan Jannah
Disitulah rumah idaman cikgu
Yang mana kehidupan disana
Terbentang suatu kejayaan hakiki, kekal selamanya penuh rahmat dan kasih sayang
Jua tiada tandingannya dengan dunia fana dan segala isinya

Ingatlah - Anak Didik yang Cikgu Hormati lagi Kasihi
Tidak sekali-kali cikgu nafikan keseronokan alam remaja hanya datang sekali
Begitu juga dengan MATI
Ianya juga hanya datang sekali seumur hidup
Jadikanlahnya pada JALAN Allah