14 Februari yang lalu merupakan hari valentine Day..
Sesungguhnya Valentine Day sememangnya bukan merupakan
budaya masyarakat Melayu malah tersasar
dari konsep syariah yang sebenar..
Buat pengetahuan semua,
Hari Memperingati Kekasih
ataupun Valentine Day
diharamkan sama sekali di Arab Saudi..
Mengapa adanya hari memperingati kekasih sedangkan
kita perlu mengingati orang yang kita cintai setiap hari..
Rasa kasih dan cinta menyebabkan kita terus gah
melangkah di bumi ALLAH S.W.T untuk
meneruskan kehidupan yang
penuh pancaroba ini...
Selain itu, ulama sufi juga mengatakan bahawa
MAHABBAH yakni cinta adalah
terus menerus mengingati ALLAH..
Maka atas konsep ini, Valentine Day ditolak
dalam agama ISLAM kerana kita perlu
mengingati ALLAH selalu..
Cinta kepada ALLAH merupakan cinta yang sejati.
Cinta yang sebenar-benarnya.
Cinta agung.
Cinta yang menjanjikan kemenangan
dan kebahagiaan yang abadi.
Saya pernah terbaca kata-kata ini yang
penuh motivasi ini..
"Cintailah ALLAH nescaya cinta pasangan soleh
turut kaumiliki" - Fatimah Syarha,
novelist Tautan Hati dan Pemilik Cintaku..
Apa yang terjadi pada hari ini??
Sambutan tahun baru, Hari Merdeka dan turut tidak dilupakan
Valentine Day disambut oleh remaja hari ini
dengan Pesta Seks.
Cuba kita singkap kembali masalah pembuangan bayi pada
tahun lepas..
Bukankan bulan Mei, September dan November
kerapnya terjadi gejala terkutuk ini..
Nyata sekali teori saya bukanlah berlandaskan
pemikiran saya semata-mata namun satu realiti yang
memang mengejut dan mendukacitakan
banyak pihak..
Cinta memerlukan pengorbanan..
Namun begitu..............
Apakah kiranya kita sedang bercinta ( cinta kekasih),
kita perlu korbankan segala-galanya??
Sampai sanggup mengorbankan maruah diri
demi menyatakan taat setia kepada
pasangan kita??
Apakah ini namanya SETIA??
OOOhhhh. Cinta sebegini semamangnya hampa..
Golongan sebegini yang merosakkan
erti dan makna CINTA..
Cinta adalah perkataan suci dan murni..
Namun, janganlah dikotori cinta
dengan perbuatan serta tingkah laku
yang bermoral dan salah sisi agama..
Rakan-rakan yang budiman,
Oleh itu, marilah kita mencari cinta yang tulus..
Hiasilah perjalana cinta dengan iman..
Kejarlah cinta yang sejati..
Kita mengetahui cinta yang sejati hanya
kepada ALLAH..
Janganlah kita menidakkannya..
Akhir kalam, hiasilah dirimu dengan cinta sejati
kerana kamu akan lebih
SEGAR, BERSEMANGAT dan BERMOTIVASI
untuk meneruskan perjalanan sebuah kehidupan
yang sukar diramal dan penuh ranjau ini..
Wassalam.......
No comments:
Post a Comment