Tuesday, February 15, 2011

FebruaRi - Fantasi Bulan Cinta Part 1

Assalamualaikum kpd pembaca yang budiman...
Selamat Hari Maulidur Rasul..
Semoga kita sentiasa dirahmati oleh-Nya selalu..

Jutaan terima kasih tidak terhingga 
buat 'followerku' yang membaca
nukilan dan omelan yangku
yang tidak sebarapa ini...

Februari sememangnya sinonim dengan BULAN CINTA..
Mengapa ya???
Anda semua memang sudah mengetahuinya..
Kerana Valentine Day berada dalam bulan ini..
 ( next entry- pandangan saya pasal Valentine Day and so on)

Cinta?? Apakah maknanya??
Cuba anda tanya rakan di sekeliling anda..
Apakah jawabannya??
Berbezakah??
Samakah??

Apakah cinta bermakna suka??
Kasih?? Sayang?? Kasih sayang??

Saya pasti setiap orang mempunyai pandangan dan erti 
yang tersendiri..

Apapun definisinya, ketepikan dulu..
Tiada yang betul atau salah 
kerana cinta itu Abstract
Sukar untuk ditafsirkan..

Bagi saya, cinta itu pelbagai..
Cinta kepada diri sendiri, kekasih, ibu bapa, suami/isteri, anak-anak,
kaum keluarga dan sesiapa yang ingin dicintai 
dan cinta kepada ALLAh dan RASUL..

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:


Maka kita sememangnya diajar untuk mengasihi diantara kita
untuk memacu pembangunan ummah dan 
keamanan sejagat.

Hari ini, kita bangun dari tidur dan meneruskan kehidupan..
Kerana APA??
Kerana kita disegarkan dgn perasaan cinta kpd diri sendiri,
keluarga, Maha Pencipta dan Rasul-Nya, serta semua org yang
mencintai diri kita..
Tiada Cinta makna tiadalah erti sebuah kehidupan..
Hidup tanpa cinta ibarat bangkai hidup yang x bermakna..

Lihatlah kepada SIRAH..
Bagaimana MULIANYA, SUCINYA, BERSIHNYA sebuah CINTA..
Cinta di antara SUAMI dan ISTERI
Nabi Adam a.s satu ketika dahulu,
sanggup menyeberangi lautan Hindi..
yang sedia maklum penuh dengan BAHAYA dan ANCAMAN..
untuk mencari isteri yang dirinduinya, HAWA..
Segala kepayahan, onak duri sanggup diredahi
demi sebuah cinta yang tulus suci..

Di kesempatan ini, saya mendoakan diri saya sendiri, keluarga serta
pembaca yang setia,
 semoga kita semua memperoleh 
cinta yang suci dan murni..
agar hidup kita akan lebih bermakna..
Amin...

No comments: