Tuesday, May 11, 2010
PeRJuaNGaN YaNG BeLuM SeLeSai
Masa FORM 5 dulu, aku tak faham sangat tentang sistem pendidikan di MALAYSIA..
tapi, alhamdulillah.. sekarang dah faham cikit.. pasal sistem pendidikan di MALAYSIA ni, aku teringat kisah yang agak lucu pasal budak spc ASASI SAINS..
Nak dijadikan cerita, adalah beberapa orang ( lebih kira 2 oranglah), ketika mendaftar di UiTM Shah ALam, diorang tersilap ketika mendaftar. Bukan salah diorang jugak, tetapi berpunca kepada surat tawaran yang belum diterima oleh kami semua. Kami hanya dihubungi oleh Pegawai MARA mengenai pemilihan kami sebagai penuntut ASASI SAINS (PERUBATAN) SPC. Surat tawaran akan diberi selepas kami mendaftar di UiTM..
Masa pembantu MMS (Minggu Mesra Siswa) tu tanya, " awak course ape".. Sahabatku tadi terus menjawab " Medik".. Sahabatku tadi pun diletakkan di blok Perindu 3, blok sememangnya terdiri daripada mahasiswa perubatan.. Alhamdulillah, aku sudah diberi tahu awal mengenai hal ini dan aku berada sebilik bersama dengan pelajar ASASi lain.. Diorang tu jer yang sesat ke sana.. Tetapi ditukarkan jugak ke bilik kami selepas disedari kesilapn mereka..
Itulah antara dilema sistem pendidikan kita.. yang sorang ni pula, dapat strait A, tp kerna tak tahu sistem pendidikan di MALAYSIA, dia terambil diploma ketika mengisi UPU, sedangkan keputusan yang cemerlang, melaykkan dirinya ntuk memohon progran lain yang terbaik buatnya seperti program asasi.. Bukan diploma tak molek, tp.. masa tu penting.. diploma mengambil masa 2 tahun, sdgkan asasi hanya 1 tahun..
Sememangnya MALAYSIA byk menawarkan program persediaan (pra-U) seperti Matriks, Asasi, Diploma, STPM, A-Level, IB, Ausmat n byk lagi.. Teringat pula kata2 lecturer math aq, dalam hidup ni, ada 2 peperiksaan yang penting spm n pepriksaan ketika dalam program persediaan.. Katanya spm penting untuk melayakkan kita mengambil program persediaan, manakala program persediaan penting ntuk kita kerana keputusannyalah yang menentukan sma ada kita mampu mengambil bidang yang diimpikan oleh kita ataupun vice versa..
Aku rasa masih belum terlambat utuk aq mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih ke program matrikulasi dan sudah mendaftarkan diri dan juga buat mereka yang mendapat tawran UPU.. Tak kira ASASI ataupun diploma.. Teruskanlah momentum kecemerlangan anda semoga cita-cita anda mampu anda penuhi..
Akhir kata, good luck n best wishes from me to all of my dearest frenz..
WASSALAM..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment