Sunday, May 9, 2010
Asasi Sains SEM 1
Tanggal 27 Disember 2009, kakiku melangkah ke UiTM Shah ALam.. memenuhi tuntutan belajar dan merealisasikan impian untuk menjadi seorang doktor muslim yang berjaya. Seminggu sebelum itu, aku dihubungi oleh pegawai MARA bahawa aku telah terpilih untuk menyertai program ASASI SAINS (PERUBATAN) melalui Skim Pelajar Cemerlang.. Hatiku berbunga riang sekali mendengar perkhabaran ini.. Selama hampir empat bulan setengah berada di sana, pelbagai pengalaman yang mampu kuraih.. soal hubungan sesama rakan, hubungan dgn lecturer, hubungan dgn warga uitm.. pengalaman ini pasti meninggalkan banyak kesan dalam hidup aku..
Walaupun jumlah pelajar yang menyertai program ini adalah sikit iaitu 30 org, namun semangat berpasukan serta ukhuwah yang terbina merupakan satu perkara yang tidak terjangka.. Tanggapanku mengenai universiti juga lebih luas.. mulanya, aku menganggap universiti merupakan medan sosial yang tanpa batasan, pergaulan bebas budaya biasa.. namun, sangkaan agak meleset walaupun perkara sedemikian berlaku, namun masih ada insan yang masih mengamalkan syariat2 ISLAm, malah aku bangga dengan mereka..
Dari segi pembelajaran pula, yang terbahagi kepada 3 elemen utama iaitu kuliah, tutorial dan makmal, konsep sebegini langsung tidak menstresskan student, malah membuatkan aku berasa semangat untuk belajar. Namun begitu, biasalah MALAYSIA, yang sistem pendidikan yang "exam-oriented", maka dalam menghadapi kuiz dan peperiksaan final, adalah juga insan yang stress namun stressnya masih boleh ditangani.. tak sestress dalam menghadapi SPM..
Matapelajaran iaitu empat subjek bio, chem, fizik, n math memang merupakan favourite subjek aku sejak dulu lagi. dalam 4 subjek ini, mungkin boleh aku katakan aku terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mengulankaji mata pelajaran FIZIK kerana bab yang yg banyak berbanding bab lain kerana subjek ini bukan subjek menghafal, tetapi satu subjek uang mementingkan pemikiran yang kreatif dan kritis serta daya imaginasi yang tinggi. tp, FIZIK merupakan matapelajaran yang sangat menarik walaupun ia agak mencabar bagiku..
Satu lagi, lecturer di sini agaklah caring juga, jauh tersimpang daripada pandanganku. Sebelum melangkah ke U, aku berpandangan bahawa lecturer akan mengajar di hadapan, bla n bla, then, dismish. Soal faham tak faham, itu student punya kerjalah.. tp ia jauh sekali dengan realitinya di sini.. terima kasih banyak kepada lecturer2 yang banyak menolong diri ini..
Dalam mendepani usia remaja ini, mungkin kita akan diberi pilihan untuk bersosial. medannya bukan kecil di u, ianya amat luas, amat penting bagi kita untuk memantapkan ukhuwah sesama kita. Dan amatlah elok kita terlibat dengan usrah kerana usrah merupakan medium untuk kita berkongsi masalah serta berkongsi ilmu agama. Usrah amat penting dalam menjana kekuatan iman dan memberi makan kepda rohani kita yang lapar dgn ilmu agama.
Mungkin di sek. menengah (secondary education), kita mungkin masih kedengaran nasihat yang diberi oleh guru, pemimpin pelajar, ataupun sahabat handai kita. Namun situasi ini amat berbeza di u, org takkan sekat kemahuan kita. Masing-masing tidak jaga tepi kain orang lain dan masing2 menbuat hal sendiri. Nak jadi mat romeo pun org tak kisah, mak nyah ke, tomboi ke, girlish ke, whatever, lantak korang lah nak jadi asalkan tak ganggu hidup i.. itulah realiti hidup di u, n bagi rakan-rakan yang bakal melangkah ke u, jagalah diri baik-baik, sentiasa maanfaatkan iman di dada, dan kekalkan momentum kecemerlangan kita dalam apa-apa bidang yang kita ceburi..
Akhir kata, selamat menempuh kehidupan baru buat rakan2 sekalian, n tahniah buat mereka yang bakal mendftar di Uitm Puncak Alam bagi ASASI SAINS n ASASi ENGIN..
SELAMAT MENYERTAI GAGASAN UITM
all the best.. good luck
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
okay. terimas jukikelate. yeah!
Post a Comment