Tuesday, February 15, 2011

FebruaRi - Fantasi Bulan Cinta Part 1

Assalamualaikum kpd pembaca yang budiman...
Selamat Hari Maulidur Rasul..
Semoga kita sentiasa dirahmati oleh-Nya selalu..

Jutaan terima kasih tidak terhingga 
buat 'followerku' yang membaca
nukilan dan omelan yangku
yang tidak sebarapa ini...

Februari sememangnya sinonim dengan BULAN CINTA..
Mengapa ya???
Anda semua memang sudah mengetahuinya..
Kerana Valentine Day berada dalam bulan ini..
 ( next entry- pandangan saya pasal Valentine Day and so on)

Cinta?? Apakah maknanya??
Cuba anda tanya rakan di sekeliling anda..
Apakah jawabannya??
Berbezakah??
Samakah??

Apakah cinta bermakna suka??
Kasih?? Sayang?? Kasih sayang??

Saya pasti setiap orang mempunyai pandangan dan erti 
yang tersendiri..

Apapun definisinya, ketepikan dulu..
Tiada yang betul atau salah 
kerana cinta itu Abstract
Sukar untuk ditafsirkan..

Bagi saya, cinta itu pelbagai..
Cinta kepada diri sendiri, kekasih, ibu bapa, suami/isteri, anak-anak,
kaum keluarga dan sesiapa yang ingin dicintai 
dan cinta kepada ALLAh dan RASUL..

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:


Maka kita sememangnya diajar untuk mengasihi diantara kita
untuk memacu pembangunan ummah dan 
keamanan sejagat.

Hari ini, kita bangun dari tidur dan meneruskan kehidupan..
Kerana APA??
Kerana kita disegarkan dgn perasaan cinta kpd diri sendiri,
keluarga, Maha Pencipta dan Rasul-Nya, serta semua org yang
mencintai diri kita..
Tiada Cinta makna tiadalah erti sebuah kehidupan..
Hidup tanpa cinta ibarat bangkai hidup yang x bermakna..

Lihatlah kepada SIRAH..
Bagaimana MULIANYA, SUCINYA, BERSIHNYA sebuah CINTA..
Cinta di antara SUAMI dan ISTERI
Nabi Adam a.s satu ketika dahulu,
sanggup menyeberangi lautan Hindi..
yang sedia maklum penuh dengan BAHAYA dan ANCAMAN..
untuk mencari isteri yang dirinduinya, HAWA..
Segala kepayahan, onak duri sanggup diredahi
demi sebuah cinta yang tulus suci..

Di kesempatan ini, saya mendoakan diri saya sendiri, keluarga serta
pembaca yang setia,
 semoga kita semua memperoleh 
cinta yang suci dan murni..
agar hidup kita akan lebih bermakna..
Amin...

Saturday, January 29, 2011

Utusan Malaysia Online - Benarkah sebaik-baik jin adalah sejahat manusia?

              SERINGKALI dicanang dan dimomokkan dalam cerita seram yang ditayang di TV bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan dalam filem mereka.

              Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata (al-A'raf [7.27]), manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca al-Quran dan al-Sunnah.

            Hanya kedua-dua sumber itu mampu menelah dan menembusi alam jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam jin perlu terlebih dahulu merujuk al-Quran dan al-Sunnah supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman dan minda.

            Kenyataan yang terlalu umum 'sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia' ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah dan disebut kisah mereka dalam al-Quran. Mereka adalah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (al-Rahman [55:31-36]).

          Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.

            Sekiranya kenyataan 'sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia' ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat nabi jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.

           Generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka. Firman Allah: "Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?)".-al-An'am [6:130].

          Hakikatnya, para rasul hanya diutus dari kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang mendengar bacaan al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad (Tafsir al-Razi). Kisah mereka direkodkan dalam al-Quran.

         Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan jin yang begitu sensitif terhadap al-Quran. Baginda pernah membacakan surah al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat. Selain itu, para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama yang disebut adalah Zawba'ah, al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (al-Isabah fi Ma'rifat al-Sahabah).

           Mungkin ada segelintir pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut akan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadapan terhadap manusia. Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadapan itu tidak hanya berpunca daripada jin, bahkan ia juga berpunca daripada kejahatan manusia sebagaimana firman Allah:

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."
Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan). Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik" (al-Rum [30:41-42]).

        Oleh itu, pihak yang selalu menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku.
Penulis ialah Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Tuesday, December 14, 2010

For the rest of my life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO

And theres a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you

I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO

And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus

I know that deep in my heart..

Monday, December 13, 2010

Nikmat..

Dear readers...
Beberapa hari yang lalu..
Aq adalah suruh my students...
Aq ada lah mengajar sikit2..
ngajar secara percuma kpd budak kampung
melalui program Gabungan Mahasiswa Mulong..
Aku suruhlah budak-budak tu listkan
nikmat-nikmat Allah yang diberi..
Banyoklah diorang tulis..
penuh muka surat..
Diorang tulis pasal
Mata untuk melihat
Telinga untuk mendengar
Lidah untuk merasa
Rumah untuk berlindung daripada panas dan hujan..
Dan banyak lagi..
Ada jugak yang agak agresif tulisannya..
Ni mestilah budak lelaki..hihi..
Dia tulis..
Tangan untuk menumbuk
Kaki ntuk menyepak..
Tangan dan kaki untuk "gocoh"
"gocoh" tu bahasa kelate.. maknanya bergaduh
apa-apapun banyak yang diorang tulis..
Mas tu aku pun sedarlah
jika dihitung nikmat kurniaan ALLAH..
tak  terhitung banyaknya.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadi
manusia yang bersyukur..

Tuesday, December 7, 2010

Salam Awal Muharam dan Salam Maal Hijrah


Alhamdulillah... Sekali lagi kita dapat menyambut awal muharram, iaitu tahun baru bagi seorang muslim..
Sempena dengan tahun baru ini, kita sedia maklum buku catatan amalan tahun lalu telah ditutup dan buku catatan baru telah dibuka dan sudah ditulis sejak maghrib semalam lagi...

Marilah kita sama-sama mencoretkan buku catatan amalan kita dengan perkara-perkara yang positif agar
kita satu hari nanti ditempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh di akhirat kelak..

Muharam ini sebenarnya ada kisah yang tersendiri. Muharam merupakan bulan penting kepada seseorang muslim agar kita sentiasa meningkatkan amaln kita agar kita menjadi ummah yang terbilang

Antara peristiwa-peristiwa penting sepanjang bulan Muharam ini ialah..


Wassalam..