Sinopsis:
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.
Nota kaki: Novel ini karya ketiga Siti Rosmizah selapas andai itu takdir-Nya dan Cinta kau dan aku. Novel ni memang best, memang syoklah kalau baca tulisan Siti Rosmizah ni.. Beliau boleh buat kita menghayati watak yang diceritakan novel ini.. Kerjaya beliau sebagai peguam yang sentiasa hadir di mahkamah menyebabkan sy kagum dgn peribadi beliau.. Seorang peguam dan juga seorang penulis.. Novel ini pernah berada di rangking no 1 carta buku kedai MPH.
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.
“Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri.”
Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.
“Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling.”
Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.
“You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah…musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji.”
Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.
“Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika.”
Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?
“Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris.”
Cinta…cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.
“Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.”
Cinta…cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.
“Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang.
Nota Kaki: Sedih sungguh baca novel ni. Itulah kata-kata yang saya dengar dari senior tempat kerja. Memang sedih lah.. jalan cerita dia memang best!! Memang Kak Rosmizah pandai tulis novella!!
SEANDAINYA - RYS AREESA
SEANDAINYA - RYS AREESA
Masing-masing enggan meluahkan isi hati. Hanya bahasa tubuh dan bicara tersirat yang memainkan peranan. Areena tidak berani membuka pintu hatinya untuk Wan Zaharris. Bimbang dirinya akan dikecewakan sebagaimana Zaharris Arman menghancurkan hatinya berderai berkeping-kepingan. Wan Zaharris pula bersenda di dalam kata-kata seriusnya terhadap Areena, berharap gadis itu bisa membaca apa yang tersirat di dalam hatinya. Ke manakah sudahnya hala tuju perhubungan ini?
Pertemuan di dalam komuter menjadi bibit memori yang indah buat Shamsul Azhar. Redup mata Areena mengganggu ketenangan kolam hatinya. Jejaka pemalu ini di dalam diam mengharapkan pertemuan seterusnya biarpun masing-masing pernah hampir disatukan.
Tatkala Zaharris Arman menagih kembali cinta Areena, Wan Zaharris muncul sebagai perwira yang melindungi Areena dari sebarang ancaman kehancuran hati buat kali kedua. Tatkala Areena bersedia menerima kehadiran Wan Zaharris dengan hati yang terbuka, takdir penentu segala-galanya mengambil tempat.
Seandainya Areena membuka pintu hatinya terhadap Wan Zaharris… seandainya Wan Zaharris berterus terang dengan Areena… seandainya takdir tidak wujud di antara mereka berdua, apakah dua insan ini akan beroleh kebahagiaan yang hakiki?
Himpunan Cerpen 'Cinta Kun Fayakun'
KANDUNGAN HIMPUNAN CERPEN "CINTA KUN FAYAKUN"
1) Debu-debu Zitkovac – tersiar dalam Tunas Cipta, Mei 2005
2) Lelaki Tiong Hua – Tersiar di Dewan Siswa, 1hb Februari 2005
3) Tafakur – Tersiar di Majalah I, 1hb September 2006
4) Cinta Kun Fayakun
5) Gadis Bermata Biru – Tersiar di Dewan Siswa, 1 Ogos 2005
6) Salam Nihayah
7) Merdekakan Mutassia – Tersiar di Majalah I, 1hb Februari 2006
8) Tangisan Langkasuka – Tersiar di Dewan Agama & Falsafah, 1hb Jun 2005
9) Protokol Exodus
10) Ratiban Al-Quds
11) Autentik – Tersiar di Majalah I, 1hb januari 2005
12) Lepaskan Tanganku
13) Xeredorma Pigmentosum
Himpunan cerpen-cerpen saya,mempunyai kisah percintaan, perjuangan, kefahaman agama dan konflik perasaan. Memberi pengertian tentang erti kehidupan. Menambahkan makna dan perasaan sebagai insan berjuang. Dapatkan di kedai berdekatan dengan harga RM12. Terbitan Telaga Biru. Boleh dapatkan secara online di pustakaiman.blogspot.com.
**** Petikan GADIS BERMATA BIRU)
“Aku tidak menemukan sesuatu yang agung dari bicaramu sebentar tadi” Spontan aku meluah opini.
“Kamu melihat watak itu sebagai lipurlara atau apa? Dia punya satu nyawa yang telah dicurahkan untuk perjuangan. Dia punya usia yang panjang dan 30 tahun daripadanya telah dihabisi di rimba Kutaraja dan Meulaboh. Aku tidak hairan jika dia lelaki, ternyata dia seorang isteri, ibu dan ketua tentera selepas kematian suaminya. Ketika aku membaca biografinya dalam rekod peperangan Belanda di bumi Jawa, aku mengenalnya. Dia wanita yang miliki jatidiri agung, layak disanjung oleh kaum sejenis termasuk aku.”
“Aku fikir masih ramai lagi watak lain yang boleh kau kagumi selainnya. Jurang waktu sudah meringkuk lama meninggalkan jasadnya di bumi Jawa. Di balik memorial perang dan sejarah Aceh, apakah tiada yang lain setaraf dengannya?” Sengaja aku cetus argumentasi.
“Kau muslim?” Dia bertanya. Aku angguk perlahan.
Dia senyum. Kemudian bibir mungilnya memecahkan ketawa hingga memaksa aku fikir kembali jika tindakanku ada berbaur jenaka. Aku kaku, memandang mata biru Nanda dan lentik keningnya. Dia benar-benar buat aku kangan sendiri. Sukmaku jadi penasaran.
“Hari ini, zaman ini, apakah kau pasti ada wanita sebaiknya dari Asia? Ketika umat Islam cuba memenangi hati orang Barat seperti kami untuk penyesuaian secara liberal. Ketika remaja di Asia, malah di dunia sedang membudayakan hedonisma, mengejar populariti melalui rancangan Idol. Termasuk pemuka agama Islam sendiri, seperti Ameena Wadoud yang menarik media untuk publisitikan agenda solat Jumaat berjemaah di gereja. Dengan situasi umat Islam sebegini, apakah kau fikir ada watak yang boleh menandinginya?”
**** (Petikan Cinta Kun Fayakun)
Mukrim,
Tuhan telah menulis sejalur takdir untuk kita, dan kun fayakun tuhan telah terjadi. Kita dileraikan, tidak bisa bersatu atas nama cinta. Aku mohon maaf di atas segala rasa kecewa yang singgah di hatimu, tidak mampu mengubatinya malah menambah seksa.
Kulitku cengkung dan kering, akibat disihir bapa sendiri. Aku tidak betah berjalan, mencarimu dan memohon maaf di depanmu. Aku tahu, kau menderita. Ku tahu betapa sakitnya dendam rindu yang menikam batini. Tapi, apakan daya, cinta tidak memenangkan segala.
Cinta tak mampu menyatukan kita. Oleh itu, jangan kau hampakan keinginanku untuk melihat kau bahagia. Punya anak-anak dan waris keturunanmu sendiri. Oleh itu kupohon, jangan menunggu di pintu yang sudah lama terkunci, rosak dan tidak bisa dihuni. Sedangkan pintu-pintu lain menanti untuk dibuka, dihuni dan didiami.
Nota kaki: Baru baca separuh daripada cerpen buku ni. Bahasanya tinggi dan kadang kala santai..
Cerpen Salam Nihayah tu memang best!! Baca cerpen tu, hati rasa tersentuh. Tema dia pasal pengorbanan seorang abang kepada adiknya..Latar tempat dia memang saya selalu pergi dan lalu, maklumlah dekat dengan kampong saya. Memang ‘salam nihayah’ tu boleh buat saya baca dari A-Z. No skip-skip!!
Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Apa yang berlaku seterusnya?
Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki tampan dan hidup mewah.
Tiara yang turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman.
Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolah Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya.
Nota kaki: Siti Nur Dhuha pun best jugak!! Novel dia pernah dop rangking no. 1 carta buku Kedai MPH..
No comments:
Post a Comment