Saturday, June 18, 2011

KEJAYAAN- APAKAH PARAMETERNYA??

Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera..

Lama sungguh tak update blog..
kerja yang banyak menghalang tangan ini menulis
pada kekunci komputer..

Hari ini, manusia seakan-akan berlumba-lumba, berlumba untuk mengejar kejayaan,
kerana kejayaan itu adalah subjektif, maka objektif kejayaan juga berbeza.
Ada yang ingin berjaya menjadi kaya, berjaya menjadi ketua sesebuah organisasi,
berjaya dalam bidang kerjaya, berjaya  dalam membina gerbang perkahwinan, berjaya dalam mendapatkan gaji yang mahal, berjaya dalam setiap yang diceburi,
berjaya dalam apa-apa jua usaha.

Saya yakin, aku yakin, kejayaan tidak pernah datang bergolek apabila kita hanya bergolek-golek di tempat tidur. Ketabahan tidak akan diberi ALLAH apabila kita tidak diuji. Kesabaran juga tidak mampu hadir, sekiranya kita tidak berusaha mengawal marah, sakit hati dan kecewa.
Kejayaan pastinya memerlukan pengorbanan. Namun, pernahkah kita sebenarnya terfikir, adakah kejayaan sememangnya manis? Adakah perjalanan menuju kejayaan itu lebih manis?
Buka minda, buka hati, ayuh kita berfikir sejenak.

Dalam kita berusaha mengejar sebuah kejayaan, usaha dan ikhtiar pasti menjadi satu keharusan. Malah, mungkin juga satu kewajiban.  Kita berkorban keringat. Kita berfikir serasionalnya. Untuk menggapai sebuah kecemerlangan.
Ternyata, kadang kala, apa yang kita usahakan tidak kesampaian. Mungkin kita gagal meraih apa kita ingini. Memang benar, kita gagal. Namun, jangan dilupa pada perjalanan menuju kejayaan, kerana ia adalah lebih ‘manis’, dan bakal menjadi panduan dalam meraih kejayaan yang seterusnya.

Gagal dan berjaya. Perkataan yang sememangnya abstrak dan subjektif. Kerana tiada kayu ukur ataupun parameter dalam menentukan kejayaan seseorang di dunia.
Sebagai contohnya, seorang nelayan yang miskin hidupnya. Dia menggunakan perahu yang sudah uzur keadaannya untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan. Pada satu hari, dia dikurniakan rezeki yang lebih oleh ALLAH dan mampu membeli sebuah motobot yang ternyata lebih laju, lebih cekap, dan juga lebih jauh ke lautan untuk menangkan ikan. Maka, memiliki motobot itu satu kejayaan yang besar buatnya. Namun begitu, pada pandangan mata kasar manusia (mungkin saya sorang jer), memiliki motobot merupakan perkara biasa. Sudah ramai yang memilikinya. Maka, wajarkah kita menganggap itu adalah satu kegagalan? Satu perkara biasa? Fikir-fikirkanlah.

Namun bagi saya, seperti yg dinyatakan sebelum ini, tiada parameter dalam menentukan kejayaan sebenar seseorang di dunia. Siapalah kita untuk menentukan tahap kejayaan seseorang?
*ada pandangan, sila kongsi-kongsikan.

Kejayaan yang dimaksudkan di sini, kejayaan yang dapat dilihat secara kasar. Kejayaan yang biasanya difikirkan oleh manusia biasa.

Namun begitu, dalam Islam, konsepnya ternyata berlainan. Masuk syurga merupakan kejayaan yang besar. Dan masuk syurga bersama orang tersayang, jauh lebih besar.

Surah At-Taubah (72)
Allah berfirman: “Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar”.

Surah Ghafar (8-9)
“Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga “Adn” yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
“Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang amat besar (nilainya)”.

Pepatah Arab ada mengatakan “Man Jadda Wa Jada”. Maksudnya, sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti ada jalan

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum, kecuali kaum itu mengubah nasib dirinya sendiri."

Maka marilah kita sama-sama meningkatkan usaha untuk sama-sama berjaya. Berjaya dalam apa-apa yang diceburi.
Wassalam.

3 comments:

syana mizwateva said...

pnjg molep mg nulis juki weh....pape pun nice entry...:)

Anonymous said...

Juki fitri dzulkifli di sini! huahahaha.


baguslah. artikel yg boleh dishare.

parameter kejayaan adalah pelbagai. kita boleh berjaya dalam apa jua konteks yg kita inginkn. yang membezakan semua itu adalah, usaha kita.

thanks juki. i realized that.

Juki aka zulkifli said...

Sama-samalah kita berjaya :)